Monday, 4 May 2015

8 Syarat TambahanTentang Hospital Alliance Services

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam entry kali ini, saya ingin menerangkan berhubung dengan salah satu rider dalam produk PruBSN iaitu Medical Card atau dikenali sebagai HAS (Hospital Alliance Services).

Penerangan HAS di dalam Polisi anda

Untuk pengetahuan semua, HAS adalah Rider yang memberi perlindungan untuk membayar bil rawatan di Hospital Kerajaan mahupun Swasta atas apa jua keadaan sekalipon. Didalam Polisi menyatakan PruBSN akan menanggung bil rawatan anda secara Reimbursement (bayar dan claim) atau Guarantee Letter (medical card). Manakala Medical Card (Cashless) adalah satu kemudahan yang diberikan dan ia adalah yang paling popular dalam perkhidmatan PruBSN.

Terma "Pembayaran Balik" (reimbursement) di dalam Polisi

Sebelum ini, syarikat tidak mempunyai masalah dengan Tabung Tabarru', sila baca entry Konsep Takaful dahulu untuk lebih memahami isu seterusnya dan semuanya menggunakan kemudahan Medical Card, tetapi sekarang terpaksa mengeluarkan Syarat Tambahan penggunaan kemudahan Medical Card bagi melindungi Tabung Tabarru'. Bukan bermaksud PruBSN tidak Cover Bill tersebut.

Di dalam konsep Takaful itu sendiri, PruBSN hanyalah selaku pemegang amanah Tabung Tabarru' (duit yang dikumpul dari semua pemilik Sijil Takaful) bagi menyalurkan bantuan kepada ahli nya yang memerlukan. Manakala orang yang memberi sumbangan pula mendapat pahala kerana membantu ahli lain yang memerlukan. Oleh itu, PruBSN ada hak untuk melindungi Tabung Tabarru' tersebut kerana ia adalah salah satu Guide Line atau kewajipan selaku Takaful Operator yang diarahkan oleh Bank Negara :-

Guideline dari Bank Negara kepada Takaful Operator
Ini terjadi kerana PruBSN mengalami masalah claim akhir ini, sehingga melebihi 100% daripada jumlah kutipan Tabarru' tahunan atau kutipan pembayar polisi sejak tahun-tahun lepas. Ini amat lah tidak logik dan luar dari kebiasaan kerana statistik sebenarnya bukan begitu. Ini menyebabkan Tabung Tabarru' semakin merosot dan dikhuatiri tidak boleh membayar Claim yang Genuine atau kepada mereka yang benar memerlukan nanti. Antara faktor utama yang menyebabkan masalah tersebut adalah :-

  • Claim yang terlalu tinggi disebabkan sakit atau demam sedikit sahaja, dimana boleh buat rawatan di klinik dan rumah. Tetapi ambil langkah mudah dengan masuk Hospital yang mana kos nya antara RM3 ke 5 ribu. Antara Claim yang paling tinggi adalah yang disenaraikan dalam 8 jenis penyakit akan diterangkan kemudian. Yang paling teruk adalah, penyakit tersebut asyik berulang sehingga warded melebihi 3 kali setahun dan kosnya pula berjumlah berpuluh ribu berbanding bayaran tahunan hanyalah serendah RM1,200 sahaja.
  • Penipuan (fraud) untuk Claim Elaun Harian Hospital sehingga RM400 sehari1 dimana Client, Doktor atau Ejen berpakat dengan sengaja Warded kan Client ke Hospital atas 8 penyakit yang disenaraikan itu dengan alasan penyakit berulang. Dengan cara itu Client boleh memperolehi keuntungan sehingga berpuluh ribu malah melebihi bayaran dibayar setahun ataupun melebihi bonus tahunan gaji daripada Majikan mereka jika jumlah hari tinggal diwarded berpuluh hari setahun.


Maka dengan ini, PruBSN telah meletakkan syarat HAS bagi mengelakkan perkara ini berlaku dan hasilnya Fraud atau Claim diatas sangat berkurangan. Oleh itu PruBSN selaku pemegang amanah terpaksa mengeluarkan arahan seperti berikut bagi membendung masalah ini :-

Internal Circulation : 8 penyakit kecil yang diterhadkan Cashless Claim dalam setahun
Selepas syarat ini dikeluarkan, statistik Claim telah kembali rendah kepada statistik menusabah. Ini sepatutnya menjadi berita baik selaku pemegang Polisi PruBSN semua kerana Tabung Tabarru' kita hanya pergi kepada orang yang benar memerlukannya (genuine). Jauh disudut hati saya berharap, Syarat Tambahan ini hanyalah sementara sahaja sehinggalah Tabung kembali kepada keadaan biasa.


Penerangan ringkas mengenai 8 Syarat Tambahan

Ingin saya tekan kan sekali lagi disini, 8 syarat tambahan diatas bukan bermaksud PruBSN tidak membayar bill berikut, tetapi cuma tiada kemudahan Guarantee Letter (cashless) dimana client perlu membayar Tunai dahulu kemudian Claim.

Sekian terima kasih,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat tentang Prudential BSN Takaful Berhad, boleh hubungi saya di talian 0173277423 atau email: mohdkhafiz@prupartner.com.my