Friday, 22 August 2014

Tibi - Penyakit Berjangkit No.1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Penyakit yang dianggap antara yang tertua di dunia ini dilaporkan pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 Sebelum Masihi.
Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ia selalunya membawa maut.
Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.
Sebelum ditemui penawar mujarab bagi wabak berkenaan yang turut melanda dunia ketika itu, pesakit tibi diasingkan di satu tempat terpencil 'sonatorium' bagi mengelak jangkitan berlaku. Ubat yang diberikan kepada mereka hanyalah berupa makanan berkhasiat bagi membina ketahanan tubuh yang kuat.
Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal dan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1995, kes-kes baru tibi meningkat dari setahun ke setahun. Kemuncaknya sebanyak 15,051 kes pada tahun 2000 berbanding 10,873 kes dalam tempoh sedekad.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohamed Naim Abdul Kadir berkata, penyakit tibi masih menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada negara.
"la merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat," katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Pelancaran Hari Tibi Sedunia 2004 peringkat kebangsaan.
Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tibi Sedunia. Bagi tahun ini, Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan Tibi Sekarang! dipilih sebagai tema sambutan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.

Dr. Mohamed Naim Abd. Kadir
Dr. Mohamed Naim berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi kerana kuman-kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin sehingga ke akhir hayat.
"Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.
"Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi," katanya.
Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.
Beliau turut menarik perhatian tentang pertambahan kes-kes baru di dalam negara yang berpunca daripada kes-kes kekebalan ubat tibi yang kini semakin meningkat alirannya dari setahun ke setahun.
"Kes kekebalan ubat tibi berlaku apabila pesakit berhenti mengambil ubat antitibi sebelum masanya.
"Kes kekebalan ubat tibi yang tidak dirawat boleh menyebarkan kuman berbahaya ini kepada orang lain," katanya.
Kata Dr. Mohamed Naim, kuman berbahaya daripada kes ini adalah kebal kepada ubat antitibi yang biasa diberikan kepada pesakit tibi. Akibatnya, gabungan ubat-ubatan antitibi lain yang lebih kuat harus digunakan bagi kes berkenaan.
Hari Tibi Sedunia disambut sempena memperingati penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Koch yang pertama kali dibentangkannya pada 24 Mac 1884
Walaupun masih boleh disembuhkan tetapi rawatan bagi kes kekebalan ubat tibi mungkin mengambil masa yang lebih panjang.
Pesakit tibi jenis ini, tambahnya, akan menyebarkan kuman yang juga kebal ke dalam badan orang lain yang dijangkitinya. Bagi memastikan para pesakit mengambil ubat secara teratur, fasa rawatan pemerhatian pesakit memakan ubat antitibi (DOT) secara intensif selama dua bulan telah dilaksanakan pada tahun 1999.
Setiap pesakit tibi mesti ke klinik untuk memakan ubat mereka di bawah penyeliaan seorang pengamal perubatan setiap hari.
Jika pesakit mengalami kesukaran untuk datang ke klinik disebabkan keuzuran atau masalah lain, pihak kesihatan akan melantik seorang penyelia dari kalangan ahli keluarga atau ketua kampung untuk memastikan pesakit mematuhi jadual pengambilan ubat seperti yang telah ditetapkan.
"Adalah penting bagi memastikan ubat antitibi sentiasa mencukupi dan tidak boleh terputus walau sekali. "Kepatuhan pesakit kepada rejim ubat-ubatan yang ditetapkan boleh menyembuhkan pesakit 100 peratus," katanya.
Kajian saintifik membuktikan, terapi penggabungan, biasanya empat jenis ubat, merupakan kaedah rawatan terbaik yang digunakan ini. Ia tidak akan menjangkiti orang lain lagi pada saat pesakit memulakan rawatan masing-masing.

Apakah Penyakit Tibi?


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. La disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.Bagaimanakah tibi merebak?Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Apakah gejala-gejala tibi?• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih• Kahak berdarah• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang• Hilang selera makan• Berat badan menyusut• Mudah letih dan lemah badan.

Langkah pencegahan tibi• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar• Pembawa HIV• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama• Warga tua.

Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

Rawatan tibiRawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.
Perinkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.


Tip umum• Sekiranya anda pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan, anda hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai• Rehat secukupnya• Makan makanan seimbang• Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman-kuman tibi pada sepanjang masa.• Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan• Banyakkan bersenam• Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yang sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak.• Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda dengan banyaknya kerana ia berupaya membunuh kuman tibi yang terapung-apung di udara dan berselindung di sudut-sudut rumah.

Sumber : http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.html
Untuk pengetahuan semua bahawa Prudential dan Prudential BSN Takaful adalah salah satu Syarikat yang menanggung risiko akibat penyakit wabak ini. Jika anda mempunyai Kad Perubatan kami, anda layak dirawat di Hospital Swasta di seluruh Malaysia.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Prudential dan PruBSN Takaful ini, boleh hubungi saya di017-327 7423 (Khafiz) atau email kepada mohdkhafiz@prupartner.com.my