Sunday, 2 December 2012

Family Plan (kelompok) VS Single Plan

Salam sejahtera....

 

Saya banyak dapat feedback tentang kenapa PruBSN dikatakan mahal sedangkan ada plan lain dr Syarikat lain yang menawarkan sumbangan bulanan yang jauh lebih murah. Ingin saya tekan kan disini bahawa, jangan sembarangan membuat andaian terus @ membuat keputusan yang kurang bijak tanpa merujuk kepada kedua2 pihak (agent) terbabit bg mendapatkan penjelasan sebenar. Agent tidak akan rugi, tetapi mereka yang rugi sebenarnya.

 

Oleh itu lebih baik anda mengambil tahu sedikit perbezaan kenapa Polisi kami agak mahal sedikit berbanding yang murah di pasaran.



1) Insuran/Takaful Keluarga jenis kelompok

  • Murah
  • 1 pemegang polisi (bapa) untuk cover semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak (isteri dan anak tiada polisi cuma Kad Hospital sahaja)
  • Hanya salah seorang sahaja boleh membuat rawatan dalam satu2 masa. (kalau kena food poisoning, sorang jer masuk Private Hospital, yg lain pergi General Hospital)
  • Kontrak secara tahunan, caruman @ sumbangan tidak terjamin bila renew. Caruman akan quote ikut umur @ kesihatan. Klau high claim, Company ada hak taknak sambung . BAHAYA...
  • Bianya tiada Cash Value (simpanan jangka panjang)
  • Kena bayar on time, klau miss sebulan x cover
2) Insuran / Takafulink (individual)

  • Mahal sedikit
  • Setiap orang mempunyai polisi sendiri, jika berlaku sesuatu kpd bapa, polisi anak akan jd FREE sampai umur 25tahun begitu juga simpanan pendidikan beliau. Polisi isteri pula akan free sampai umur 80 tahun. Free Kad Perubatan & juga simpanan
  • Setiap orang boleh membuat rawatan pada satu2 masa kerana masing2 mempunyai perlindungan @polisi sendiri
  • Kontrak seumur hidup (maksimum 100tahun). Tiada renewal kontrak setiap tahun (free of mind klau sakit @ mati). Ini bermakna caruman @ sumbangan bulanan anda sama sahaja sampai bila2 walaupun anda "high claim"
  • Ada CASH VALUE @ simpanan
  • Ada cross subsidy (jika miss bayar, company akan tolak Simpanan utk cover blk)

Untuk anda lebih mudah untuk faham, analoginya umpama payung di bawah
Kalau insuran kelompok menjadi pilihan anda, harga payung murah jer cuma beli satu payung utk share semua orang, tetapi klau betul2 memerlukan payung hanya salah sorang jer yg boleh pakai.

Kalau single plan yg menjadi pilihan, kos agak mahal kerana perlu membeli banyak payung. Jadi, setiap org boleh menghala kemana mereka suka kerana masing2 mempunyai payung sendiri.

Oleh itu, tepuk dada tanya selera....

 

Sekian, terima kasih