Friday, 9 November 2012

Tips Memilih Produk Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


KONSEP TAKAFUL
Takaful adalah satu konsep saling membantu yang berlandaskan 
prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan 
kepentingan bersama. Setiap ahli yang dilindungi akan menyumbang berdasarkan kepada Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan.

Ramai dikalangan anda mungkin tercari-cari produk Takaful yang terbaik untuk anda. Tetapi tahukah anda apa yang anda perlukan sebenarnya??? Secara kesimpulannya, kita ingin mengambil Takaful adalah kerana perlukan perlindunga. Perlindungan yang sebenar-benarnya cuma dibahagi kepada 2 sahaja iaitu MATI dan SAKIT sahaja seperti dibawah:-

1) Perlindungan Pampasan ->

Pampasan bermaksud sejumlah wang yang diberikan kepada peserta atau ahli keluarga yang layak jika sesuatu musibah yang paling besar menimpanya seperti Mati, Kemalangan dan Sakit Kritikal. Pada ketika ini pemilik Polisi mungkin telah Mati atau Sakit atau Cacat dimana mungkin tidak boleh bekerja mahupun membayar Polisi mereka. Kita sebagai umat Islam wajib menyediakan perlindungan ini kerana ada dalil mengenainya.


2) Perlindungan Perubatan ->

Seperti yang kita sedia maklum, kos perubatan di Hospital Swasta adalah amat mahal sehingga rawatan menjangkau puluhan ribu Ringgit untuk rawatan yang biasa sahaja. Mungkin ada yang memilih rawatan di Hospital Kerajaan sahaja dimana lebih murah berbanding Swasta. Tapi anda mesti tahu yang mana lebih kualiti bukan. Untuk rawatan di Hospital Swasta.
Ramai yang saya jumpa, ingin mengambil Takaful dengan mengharapkan pulangan SIMPANAN. Tetapi tahukah anda, bahawa pulangan Simpanan yang di janjikan adalah HARAM hukum nya...

~sekian~