Sunday, 21 October 2012

My Claim

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rasanya dah lama tak update blog sendiri ni sejak laptop ku yg dah berbakti 3 tahun rosak. Ni curi masa update guna PC office jerk... Selain dari tu baru2 ni masuk wad untuk pembedahan ACL. Saya ada post sebelum ni tentang penyakit common bg setiap lelaki yg aktif dan gagah mcm saya :p .....

Dalam bulan 6, malang mmg tak berbau. Biasanya saya buat claim untuk Client, tapi kali ni buat kali ke-2 nya saya Claim utk diri sendiri plak...

Hasil dari appointment dengan Doktor sebelum raya, Doktor sahkan yg saya ada tanda2 +ve ACL lepas pemeriksaan fizikal. Nak buat operation tapi kena enjoy raya dulu, jadi appointment berikutnya selepas raya...

Selepas raya, kena buat scanning yg dipanggil MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk pastikan dan periksa dengan lebih detail tahap kecederaan bg persediaan untuk operation. Hasil nya seperti dibawah :-

MRI Result

Hasilnya, positif ACL dan perlu operation kerana ACL memang tak boleh sembuh dengan sendirinya. Kalau tak buat, dia akan effect bila kita tua nanti dan selamat tinggal dunia sukan/riadah...

Pada 5/9/2012 saya admission dan operation pada petang tu juga selama 3 jam dan discharge pada 7/9/2012. Proses pembedahan boleh diringkaskan seperti dibawah....










Proses Drilling pd tulang utk masukkan tendon baru utk ACL






Tendon baru... Bestnya....








Tahukah anda semua, pembedahan ACL pada tahun 2012 adalah sebanyak RM21,000  dengan PERCUMA sahaja.... Kalau takde duit sebanyak tu, kena lah ada Medical Card macam saya... Klau takde Medical Card, sila lah buat rawatan di General Hospital, tunggu lah setahun baru operate. Sediakan duit RM6,000 (bukan FREE tau...!!!) Tak percaya FREE????, tengok pada bill kat bawah....



















 
Jika anda ingin mendapatkan rawatan segera dengan pembedahan pada hari yang sama, Hospital Swasta adalah jawapannya tetapi kos rawatan agak mahal iaitu RM20,000 ++ bergantung tahap kecederaan. Tetapi jika anda memerlukan rawatan PERCUMA di Hospital Swasta, anda boleh hubungi saya dan saya akan tunjukkan bagaimana caranya.

New update....

Bukan itu sahaja, di atas tu baru cerita Claim bill rawatan sahaja. Tetapi, tahukah anda yang lebih manis nya adalah Claim manfaat Elaun seperti Elaun Wad dan Elaun Pembedahan....

Claim Elaun Hospital



Jika kita lihat di atas, RM300 dan RM150 adalah elaun Hospital yg saya terima untuk 3 hari tinggal di Hospital. Elaun ini juga boleh kita dapat jika menggunakan Insuran Company @ Hospital Kerajaan. Maksimum untuk Elaun ini adalah RM400 sehari. Amat baik untuk yang mempunyai pendapatan harian seperti peniaga keranan sebagai Income Replacement ketika sakit.

Manakala untuk RM 1,250 pula adalah Elaun Pembedahan untuk ACL. Jumlah Elaun ini bergantung kepada prosedur pembedahan tersebut, sama ada minor atau major. Semua tuntutan Elaun di atas diuruskan oleh Ejen seperti saya sendiri. Elaun akan dibayar terus kepada pemegang Polisi dalam bentuk Cek seperti berikut.


Cek Atas Nama Pemegang Sijil

Untuk keterangan lanjut tentang Takaful atau Medical Card dan sebagainya, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my