Monday, 6 August 2012

ACL (anterior cruciate ligament)

Sebelum ni saya ada share sakit yang biasa terjadi kepada perempuan, iaitu Cyst. Kali ni saya nak share penyakit yang common untuk lelaki pula iaitu ACL. Kalau anda tak percaya, anda boleh tanya rakan-rakan sekeliling anda sama ada mereka pernah mengalami @ telah buat rawatan ACL. Jika anda nak tahu, risiko orang lelaki amat tinggi untuk kena ACL lebih-lebih lagi yang suka beriadah seperti Futsal @ Bola Sepak atau orang yang berbadan besar dan berat.

Apa Itu ACL ?

ACL (Ligamen anterior cruciate) adalah salah satu daripada empat ligamen utama lutut. ACL adalah penting kepada kestabilan lutut. Mereka yang cedera ACL sering mengadu lutut mereka tidak selesa sepertia keluar dari tempurung atau sering meletup dan kadang kala sakit ketika membuat aktiviti. Oleh itu, ramai pesakit yang memikul memilihrawatan pembedahan untuk merawat kecederaan ini.


Bagaimana ACL Boleh Berlaku ?

ACL koyak adalah kecederaan yang berkaitan sukan kebanyakannya, tetapi ada juga yang disebabkan oleh kemalangan lain seperti kemalangan jalan raya. Kira-kira 80% daripada ACL koyak yang berkaitan sukan yang mana kecedaraan timbul tanpa sentuh dengan pemain lain pon iaitu kecederaan yang berlaku tanpa melibatkan atlet lain, seperti terjahan dalam bola sepak. Selalunya ACL koyak berlaku apabila pesakit mendarat daripada lompatan atau menukar arah secara tiba-tiba, dimana seluruh beban tertumpu diatas lutut, sekiranya pendaratan atau pergerakan melebihi limit sepatutnya, seluruh beban badan akan tertumpu pada ligamen sehingga menyebabkan koyak sehingga pesakit merasakan lutut terkeluar ketika kecederaan berlaku.



Tanda-tanda ACL Koyak ?


Diagnosis ACL yang koyak dibuat dengan beberapa kaedah. Pesakit ACL koyak sering mengalami kecederaan lutut seperti kecederaan yang sering berkaitan sukan. Mereka mungkin telah merasai lutut meletup "pop" di lutut mereka, dan lutut biasanya terkeluar dari lokasi asal. ACL yang koyak akan menyebabkan bengkak dan sakit lutut. Atas pemeriksaan, doktor anda boleh melihat tanda-tanda ketidakstabilan lutut. Ujian khas tekanan pada lutut oleh Doktor dapat mengesan kawasan ligamen yang koyak. Untuk lebih tepat, MRI juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada ligamen koyak, dan juga untuk melihat tanda-tanda kecederaan yang berkaitan dalam lutut.


Apakah Rawatannya ?


ACL koyak tidak semestinya memerlukan pembedahan. Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani pembedahan ACL. Pertama, adakah anda kerap melakukan aktiviti yang biasanya memerlukan ACL berfungsi? Kedua, adakah anda mengalami ketidakstabilan lutut? Jika anda tidak melakukan sukan yang memerlukan ACL, dan anda tidak mempunyai lutut yang tidak stabil, maka anda mungkin tidak memerlukan pembedahan ACL.
Ada pendapat Doktor yang mengatakan jika ACL koyak sebahagian, maka pembedahan pembinaan semula ACL mungkin tidak perlu. Cukup lah hanya Fisioterapi sahaja.
Ada juga pesakit yang mengalami kesakitan di ACL mereka mula sembuh dalam masa beberapa minggu kecederaan. Individu-individu ini mungkin merasa seolah-olah lutut mereka adalah normal semula, tetapi masalah dengan ketidakstabilan mungkin berterusan. Kecederaan boleh dialami jika melakukan aktiviti lasak sedikit seperti berlari atau mendaki.


Kebiasaannya, pembedahan keatas pesakit ACL dilakukan dengan menamakan "Reconstruction ACL" atau pembinaan semula. Untuk pengetahuan, ligamen tidak akan sembuh semula melainkan ia dibina semula menggunakan tendon lain atau ligamen untuk menggantikan ligamen yang koyak. Kebiasaan ligamen di bawah peha digunakan untuk menggantikannya. Kadar penyembuhan untuk pesakit sembuh dari kecederaan ACL selepas pembedahan adalah lebih dari 90% tanpa mempunyai komplikasi lain.

Kos Rawatan ?

Jika anda adalah kakitangan kerajaan, rawatan di hospital kerajaan adalah percuma dengan mengambil masa maksimum sehingga setahun untuk menunggu rawatan dijalankan. Jika rawatan dijalankan di separa kerajaan seperti PPUM & HUKM, kos nya hanya RM6,000 ++ sahaja.
Jika anda bukan staff kerajaan @ pekerja swasta @ bekerja sendiri, kos rawatan di Hospital Kerajaan adalah RM6,000 ++ bergantung kepada tahap kecederaan dan mungkin menunggu untuk rawatan maksimum sehingga setahun.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan segera dengan pembedahan pada hari yang sama, Hospital Swasta adalah jawapannya tetapi kos rawatan agak mahal iaitu RM17,000 ++ bergantung tahap kecederaan. Tetapi jika anda memerlukan rawatan PERCUMA di Hospital Swasta, anda boleh hubungi saya dan saya akan tunjukkan bagaimana caranya.

Untuk keterangan lanjut tentang Takaful atau Medical Card dan sebagainya, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my