Sunday, 29 July 2012

Ovarian Cyst

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ni saya nak share sikit penyakit lazim bagi wanita yang mana antaranya adalah Cyst. Cyst adalah suatu membran yang mengandungi udara, cecair atau bahan separa pepejal. Sesetengah Cyst boleh hilang dengan sendirinya tetapi kebanyakan perlu dibuang dengan melakukan pembedahan.


Dalam wikipedia, ada berpuluh jenis Cyst, tetapi Cyst yang biasa sinonim dengan wanita adalah Ovarian Cyst. Symptom untuk sakit ini sama seperti sakit "accute appedicitis" , tetapi apabila ujian ultrasound dilakukan, rupa-rupa nya Ovarian Cyst.



Ovarian Cyst Bukan Penyakit


Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian follikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian follikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst.


95% daripada ovarian cysts adalah benign, iaitu tidak merbahaya. Ia adalah  ‘bukan penyakit’, iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Ovarian cyst terdapat pada hampir semua wanita yang mempunyai ovari terutama pada usia subur. Namun kadang kala ia menyebabkan kemudaratan pada pesakit seperti pesakit megalami sakit di bahagian bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.

Selain dari ovarian cyst yang normal ini, terdapat juga beberapa jenis lagi yang saya tidak bincangkan, antaranya dermoid cyst, cholate cyst of ovary dan polycystic ovarian cyst. Oleh itu pesakit haruslah bertanya kepada doktor yang merawat sama ada ovarian cyst itu adalah ovarian cyst yang biasa (yang dinamakan physiological cyst) atau ianya cyst yang tidak biasa (abnormal).

Bilakah pembedahan itu perlu ???

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Kebiasaan pesakit ini perlu dibedah

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan, pertama untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan; kedua untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain, dan ketiga untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika:

  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • pesakit adalah gadis remaja.
  • pesakit telah menopause.
  • menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika puan mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, puan harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan :-

imej CT scan abdomen, dan
laporan pathology tisu yang diambil, atau
jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
wanita itu sudah mengalami menopause atau
saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.

Contoh sebenar Ovarian Cyst


Adakah ia boleh berulang???

Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal.

Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).

Apa kaitan dengan Insuran/Takaful dalam istilah Medical Card????

Kos untuk rawatan di hospital kerajaan tetapi rawatan lambat kadang kala kena menunggu sehingga setahun atau lebih baik di Hospital separa kerajaan hanya sekitar RM400 maksimum untuk Staff Kerajaan, tetapi untuk rakyat biasa yang bukan Staff Kerajaan kos nya sekitar RM3,000 sahaja.

Untuk rawatan yang pantas dan servis terbaik ialah di hospital swata yang dianggarkan sekitar RM 15,000 jika anda menggunakan Medical Card.

Dapatkan Medical Card anda dengan segera sebagai persiapan, kerana jika sekali anda kena penyakit ini. Pihak Insuran/Takaful boleh menolak untuk tidak melindungi penyakit ini kerana ia adalah penyakit yang kemungkinan besar berulang

Untuk keterangan lanjut tentang Takaful atau Medical Card dan sebagainya, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my 

Rujukan :-