Saturday, 23 June 2012

MRTT (mortgage reducing term Takaful) vs MLTT (mortgage level term Takaful)

Secara asas nya terdapat 2 jenis Mortgage Life Takaful yang terdapat di dalam pasaran sekarang iaitu :-

1) MRTT : (Mortgage Reducing Term Takaful) iaitu sejenis insuran yang mirip dengan Insuran Hayat. MRTT dapat membantu peserta melangsaikan hutang jika sesuatu terjadi kepada peminjam jika berlaku kematian, cacat kekal atau mati sakit. Tuntutan hanya dibuat untuk langsaikan hutang sahaja dan tiada baki untuk waris. Manakala waris mungkin kena menambah sejumlah wang lagi untuk langsaikan faedah pinjaman kerana Sum Covered MRTT akan menyusut setiap tahun mengikut model pinjaman tetapi tidak seragam dengan pinjaman, kerana pinjaman termasuk dengan faedah/interest. Premium yang dibayar untuk MRTT pula hanya sekali sahaja atau bayaran Tahunan yang murah dan boleh dimasukkan sekali didalam pinjaman perumahan.

2) MLTT : (Mortgage Life Term Takaful) adalah Insuran / Takaful hayat yang bertujuan untuk menjamin akan membayar sejumlah wang untuk menjelaskan baki hutang sesuatu pinjaman jika peminjam mati, sakit kritikal, mati kemalangan  dan hilang upaya kekal.  Wang tuntutan adalah sama dan cover selama yang anda inginkan tanpa susut nilai untuk langsaikan hutang pinjaman dan baki nya pula adalah untuk kegunaan waris. Premium pula boleh dibuat secara bayaran bulanan dan agak mahal berbanding MRTT.


Perbezaan yang lebih mudah :-





Apakah produk yang sesuai untuk anda???? MRTT atau MLTT????


Anda kena fikir tentang perlindungan yang tidak terdapat didalam MRTT iaitu :-

  • Perlindungan Sakit Kritikal
  • Sum Covered yang sama seumur hidup
  • Contributor (perlindungan & sumbangan bulanan PERCUMA jika berlaku penyakit kritikal)
  • Lebihan Sum Covered yang akan ditinggalkan untuk waris (keluarga)
  • SIMPANAN yang terjamin jika ada tuntutan ataupun tidak

Selain itu, MLTT sangat sesuai untuk orang yang membuat pelaburan dengan jual beli rumah. Anda boleh lihat penerangan ringkas dibawah.



Contoh agreement MLTT bg menggantikan MRTT :-






Segala pilihan terletak ditangan anda. Untuk keterangan lanjut tentang Takaful, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my