Thursday, 22 March 2012

KWSP (EPF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekadar untuk dikongsi ilmu apa yang dipelajari dalam kelas RFP (registered financial planner) baru2ni...
Ada banyak bab sebenarnya, tapi salah satu nya adalah Retirement Planning Tools (EPF)... Bab lain akan diceritakan nanti...

 Teks untuk cover 5 hari training...

Tebal kan? Sangat menarik dan susah nak faham  (T.T)

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan dari kita mempunyai EPF terutamanya pekerja Swasta dan juga Kerajaan. Manakala yang bekerja sendiri juga boleh menyertainya.

Apa yang anda tahu tentang EPF @ KWSP ???
EPF = Employees Provident Fund atau
KWSP = Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KWSP adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan bagi mewajibkan setiap Pekerja dan Majikan mencarum/menyimpan duit bagi Pekerja/Staff bagi kegunaan ketika bersara nanti.

Peratus caruman yang dikenakan bagi Pekerja adalah 11% dan Majikan pula 12% daripada gaji kasar Pekerja. Jadi, setiap Pekerja membuat simpanan 23% daripada Gaji Kasar mereka. Banyak bukan??? Tapi... Cukup ker ??? Kita tengok dalam pengiraan nanti....

Pembahagian akaun Simpanan pula adalah (2007 keatas) :-

  • 70% untuk akaun 1 (boleh dikeluarkan selepas umur 55 tahun atau buat pilihan pelaburan dengan limit tidak lebih 20% daripada jumlah akaun 1)
  • 30 % untuk akaun 2 (boleh buat pengeluaran untuk Housing, Education, After 50 & Critical Illness)
Kenapa EPF diwajibkan ??? Kenapa kita tak diberi pilihan untuk menyimpan sendiri @ dilaburkan pada Unit Trust atau Instrument yang lebih menguntungkan???

Jawapan nya ada dalam diri kita, kita tanya diri kita. Boleh kah kita disiplin kan diri membuat simpanan tetap sekurangnya 20% daripada income??? Boleh kah Instrument simpanan atau Investment diluar memberikan pulangan yang terjamin??? Oleh itu, KWSP diwajibkan oleh sebab ramai yang gagal mendisiplinkan diri termasuk saya.

Tahniah dan anda pasti lega kerana mempunyai simpanan KWSP, kerana selepas Pencen anda mesti rasakan duit simpanan anda mencukupi sehingga akhir hayat kan. Tetapi jika lihat pada keratan akhbar dibawah ini....

Illustrasi untuk seorang yang bekerja dari umur 26tahun ke 55tahun dan hidup sehingga 65tahun

Jika kita lihat jadual diatas, kita rasakan bahawa simpanan KWSP mencukupi dan berlebihan kan... Tetapi, untuk jadual diatas, dia tidak mengeluarkan walau sedikit pon KWSP nya. Tetapi, kebanyakan kita (Statistik : 71% peserta KWSP) telah keluarkan @ habiskan 30% daripada akaun 2 untuk membeli rumah dll.

Jadi baki hanya 70% yang tinggal untuk digunakan untuk bersara nanti iaitu RM 646,000 sahaja. Mungkin anda fikir yang dia cukup-cukup sahaja sehingga 65 tahun. Tetapi adakah anda fikir tentang fakta dibawah???



Tetapi bagaimana kalau umur dia panjang lagi iaitu lebih daripada 65 tahun ???
Kebanyakan kita kahwin lambat sekarang, dan anak mungkin sekolah ketika bersara...
Adakah RM4,000 ++ sebulan mencukupi ketika 30 tahun akan datang dengan Inflasi 6% setahun ???
Bagaimana pula dengan bil-bil perubatan yang mana berbagai penyakit menjengah ketika usia Emas ni ???

Jika anda mencari untuk jawapan diatas, dapatkan Konsultasi secara PERCUMA dengan menghubungi Khafiz, 017-3277423 atau email mohdkhafiz@prupartner.com.my . Saya akan cuba membantu anda dengan membuat pengiraan dengan Jumlah Sebenar (Real Figure) berdasarkan Dividen simpanan dan kadar Inflasi (interest & inflation).

~ Sekian, terima kasih dan selamat beramal ~