Monday, 13 February 2012

Terjaminkah Medical Card Yang Anda Miliki Sekarang ????

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang Terma kontrak dalam polisi yang berkaitan dengan Medical Coverage. Saya pasti sebilangan dari anda mungkin telah mempunyai perlindungan Insuran/Takaful dengan Medical Card. Tetapi sejauh manakah Syarikat Insuran/Takaful itu boleh melindungi anda. Adakah anda ambil tahu tentang Terma yang dinyatakan didalam Polisi????

Dahulu saya sebelum menjadi Ejen, memang saya ada baca Polisi yang saya ambil, tapi tak pernah ambil tahu pon Terma yang ada dalam Polisi tersebut. Mungkin ramai yang diluar sama seperti saya dulu kan, simpan sahaja Polisi tersebut sehingga pada suatu hari ketika nak buat claim baru bawa keluar Polisi tersebut dan fahamkan seperti apa yang terjadi pada salah seorang Client sahabat saya ni yang akan saya ceritakan nanti. Pada ketika itu mungkin dah terlambat.

Bayangkan kita ditempat seseorang ini, beliau mempunyai Perlindungan Insuran dari Syarikat A dengan Medical Card. Kerana telah membuat Claim banyak kali dihospital dan masih ingin mendapatkan rawatan susulan lagi, dia telah terima surat ini pula....

Pembatalan polisi oleh syarikat akibat "High Claim Frequency"

Apa perasaan anda jika ditempat beliau sekarang??? Sudah lah tengah sakit dan dalam proses rawatan lagi, dapat plak surat Surprise yang macam ni. Bertambah lagi sakit lah jawabnya umpama pepatah melayu "sudah jatuh, ditimpa tangga".

Tujuan saya sebenarnya bukan untuk memburukkan Company tersebut, yang salahnya adalah kita sendiri jika tidak membaca dan memahami Terma dalam Polisi yang kita ada. Cuba anda lihat Kontrak dalam Polisi beliau secara terangan menyatakan perihal tersebut iaitu "renewability is not guaranteed and is renewable at the option of the company". Maksudnya, Syarikat ada hak untuk menyambung atau membatalkan perlindungan setiap tahun pembaharuan Polisi tersebut.

Sila rujuk polisi yang anda miliki sekarang tentang terma dan syarat

Syarikat yang lain pun ada nyatakan Terma yang hampir sama maksudnya dalam Terma "portfolio withdrawal" :-

Maksud yang sama pada satu lagi contoh polisi yang lain

Saya nak tanya, kalau anda diberi peluang untuk membuat pilihan, adakah anda mahukan perlindungan sementara atau seumur hidup???? Kalau seumur hidup jawapannya, pastikan yang Polisi yang anda ambil adalah BUKAN jenis "Annually Renew" kerana banyak kelemahannya untuk kontrak jenis ini.

Jika anda memilih jenis perlindungan seumur hidup, pastikan Polisi anda ada menyatakan tentang Terma Tidak Terbatal atau "Non Cancellable" atau yang seumpama dengannya. Di dalam polisi PruBSN Takaful ada menyatakan Terma berikut secara jelas :-

Rujuk ejen anda atau saya sendiri untuk lebih lanjut

Dengan Terma sebegini, Syarikat tidak berhak membatalkan Perlindungan anda walaupun anda telah membuat Claim yang tinggi sehingga merugikan Syarikat kerana telah ternyata secara jelas diatas Kontrak Polisi.

Jika anda masih belum memiliki perlindungan Insuran / Takaful, dapatkannya sekarang dan anda jangan risau kerana anda berhak membatalkan Polisi jika anda tidak berpuashati dengan Terma dan Syarat didalam Polisi tersebut dalam masa 15 hari setelah anda menerima Polisi tersebut.


Saya nak kongsi dengan anda keratan akhbar dari seorang pembaca tak lama dahulu yang mana isu nya lebih kurang sama dengan kes diatas :-



Salah siapa ???????

Jika anda masih ragu2 atau tidak faham dengan Polisi yang anda miliki, lebih baik anda semak semula Polisi anda dengan menghubungi Ejen anda atau Hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my .