Friday, 24 February 2012

Pembahagian Setiap Pendapatan


Tahukah anda bahawa setiap pendapatan kita setiap bulan hendaklah diagih agih kan mengikut Rajah diatas. Daripada gambaran diatas, boleh lah kita simpulkan kepada 3 sahaja seperti dibawah.

1) Sebahagian besar pendapatan kita digunakan untuk belanja harian, makan minum, installment rumah dan kereta, petrol dan toll, aktiviti riadah dan lain-lain lagi. Kadang kala ada diantara kita 100% pendapatan habis disini sahaja tanpa menghiraukan agihan yang lain.

2) Agihan yang kedua adalah SIMPAN, LINDUNG dan LABUR. Kenapa???

  • Simpanan amat penting dimana bertujuan mungkin akan digunakan diwaktu kecemasan nanti. Sifatnya mestilah cair, dimana anda boleh keluarkan atau guna pada bila-bila masa anda mahu. Simpanan boleh dalam bentuk tunai ataupun emas
  • Perlindungan seperti Takaful amat penting bagi melindungi Pendapatan anda, bayangkan jika tanpa Perlindungan, apa akan terjadi jika kita kehilangan Pendapatan kerana musibah yang berlaku. Bagaimana dengan keluarga kita yang mengharapkan Pendapatan kita??? Bagaimana dengan Bill perubatan yang tinggi??? Bagaimana dengan simpanan anda???
  • Pelaburan juga penting bagi memaksimumkan Simpanan kita tadi supaya nilai wang seiring atau lebih tinggi daripada kadar kenaikan Inflasi.
3) Zakat adalah wajib bagi umat Islam bagi menyucikan pendapatan kerana ada bahagian dalam pendapatan kita adalah milik orang lain. Untuk zakat pendapatan hanya 2.5% sahaja daripada pendapatan kita.


Sumber : Lembaga Zakat Selangor

Rukun Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.