Sunday, 5 February 2012

Maulidur Rasul (Persefahaman Asas Perpaduan Umat) & Majlis Potong Jambul

Hari ni 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah, kita menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Sejarahnya, Nabi dilahirkan pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Sempena hari yang mulia iaitu Maulidur Rasul tahun ini, Alhamdulillah. Majlis potong jambul anak ke-2 saya telah selamat dilakukan pada pukul 3pm hingga 5pm di Gemas, N9. Majlis ini sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran anak dan anak buah yg kedua-dua nya dilahirkan pada hari yg sama iaitu 26/12/2011. Mak bapak saya dapat 2 orang cucu serentak tahun lepas. Pada majlis ini, Zanji telah dibacakan oleh Ustaz @ jiran rumah yg sememangnya lunak suaranya. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Dibawah adalah sedikit gambar yg sempat dirakamkan ketika majlis tersebut.
Anak kedua saya, Hana Khaisara

Baby 2 orang (sepupu) ni lahir pada hari yang sama

Antara jiran di kampung yang hadir. Terima kasih

Jiran-jiran yang hadir

Terima kasih diucapkan kepada hadirin yang datang. Semoga kita mendapat kebaikan bersama sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Amin