Thursday, 19 January 2012

Takaful atau Insuran Konvensional ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Di sini saya hendak berkongsi sedikit Tips dengan anda bagaimana untuk mencari Plan Takaful/Insuran yang bersesuaian dengan anda khusus kepada anda yang sedang Survey produk Takaful dipasaran.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, tahukah anda apa maksudnya Takaful dan tahukah anda apa maksud Insuran??? Dibawah adalah gambarajah untuk anda memahami konsep Takaful dan Insuran.
Gambaran perbezaan konsep Takaful dan Insuran

Takaful bermaksud perkongsian dimana pemegang polisi menyumbang sejumlah wang (bayaran) kedalam tabung perkongsian untuk membantu pemegang polisi lain untuk membuat tuntutan. Syarikat Takaful hanya sebagai pengendali tabung berikut.

Kelulusan Lesen Takaful

Insuran bermaksud penanggung risiko dimana pembeli membeli perlindungan tersebut dengan Syarikat Insuran yang mana konsepnya seperti wang perlindungan. Syarikat Insuran memiliki duit anda dan mempunyai hak sepenuhnya keatas duit tersebut. Konsep ini mungkin mempunyai istilah Gharar, Maisir dan juga Riba' yang diistilah kan Haram dalam Islam.



Oleh itu, untuk umat Islam kita wajib memilih produk Takaful sebagai pelindung kita berbanding Insuran Konvensional lain yang banyak dipasaran sekarang kerana "mencari yang HALAL adalah satu kewajipan". Bagi yang bukan Islam pula, anda berhak memilih kedua-duanya.

Untuk lebih lanjut mengenai konsep Insuran dan Takaful, boleh anda rujuk di http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/304-insuran-konvensional-tapi-dilabur-secara-islam.html . Rujukan lain adalah :-
Harian Metro

Surah Al-Baqarah ayat 240

Untuk keterangan lanjut tentang Takaful, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my