Friday, 20 May 2011

Trip to Kota Kinabalu, Sabah (Day 2)

Sambungan...



Hari ke-2, bangun tidor pkl 6 coz nk sambung trip naik ke kaki gunung plak hari tu. Ingat kn gelap lg, mcm malas jer nak mandi wlaupon dh subuh. Sekali selak langsir hari dh cerah ler... Lupa plak yg kt Sabah awal 1 jam lebih dr semenanjung. Hehehehe. Subuh gajah ler jawabnyer....



Lepas siap breakfast kt bawah kita org gerak pkl 8am mcm tu. On d way lalu lah kat area UMS. Thn 2004, UMS ni mcm tpt terpencil sikit, jauh dr kota. Tapi skrg jd bandar baru ler.

Ni lah dia bandar baru nyer, dulu dkat town byk traffic light jer, jln pon kecik 2 hala jer. Skrg dah jd 1 hala, jln pon dh lebar sampai 2 lorong tu. Kereta pon dh byk skrg.



Lepas tu kita org sampai kat simpang Tamparuli. Org kata famous dgn jambatan. Singgah jap tgk, ni lah salah satu pemandangan kat tempat ni.


Sepanjang perjalanan ke Taman Negara tu mcm jalan ke Cameron dari tapah. Tapi lagi cantik view dia kat sini. Mcm jalan atas banjaran pulak. Sampai kat Taman Negara kena bayar 1 kepala RM3 pulak. Tapi puas hati sebab tpt dia mmg bersih dan cantik.



Kenitnya lah hai anak aku tu kan ? hehehehe.... Kat bawah pula pintu masuk utk saper yg nk tracking ke puncak.



Masa sy naik ke puncak dulu track dia mcm kat bwh ni. Tak lah susah mana coz 1 hari jer dh boleh sampai puncak. Klau ikut map cuma 8 km jer dari sini.



Ni gambar masa saya ke puncak tahun 2004 dulu. Mmg best, cuba lah sekali klau ada peluang. Kos nak mendaki shj paling murah lebih kurang RM300 (entrance fee+sijil+guide).


Lepas habis bergambar kt Taman Negara, kami smbg perjalanan ke Kundasang plak. Org kata kena pergi tpt ni coz lawa pemandangan nya. Tapi sebenarnya aku terpaksa ke sini coz nak cari makanan, kwsn ni baru jumpa org Islam, sblm ni dr Tamparulli, Ranau dan Taman Negara semua Kristian, cuma babi panggang jer byk jual tepi jalan.



Mmg cantik mkn kat sini sambil nikmati pemandangan Gunung Kinabalu dgn jelas kan. Habis mkn windows shopping buah, sayur dll. Tengok jer, nk beli buat apa. Mahal harganya, maybe kita pelancong kot.



Si kecik tu lah yg paling busy sekali. Bini aku cuma beli buah bacang yg besar dan buah pelik yg dh siap kupas. Sedap gak. Habis shopping, kita pusing balik ke KK semula. Sampai di KK dlm pkl 4. Plan nk shopping kat Pasar Filipina dan Pasar Malam mlm nya. Kat bwh gambar sekitar kawasan kita shopping.



Habis sudah hari kedua, penat gila siot. Esoknya plan nak ke Pulau Tunku Abdul Rahman pulak kemudian fly balik ke KLIA.

~bersambung~