Thursday, 12 May 2011

Trip to Kota Kinabalu, Sabah (Day 1)

As Salam & Hai...

Pada 7/5 ke 9/5 aku bwk family pergi trip ke Pulau Borneo. Ni kira 1st percutian aku sejak kawin. Kesian kan, bukan apa. Lepas kawin dulu dh masuk bln puasa, nak pergi lepas raya dh mabuk plak. Skrg anak dh besar sket baru ler boleh honeymoon, tapi ada org ketiga plak. hehehe. tak kisahlah...
Ni lah budak2 nya, semua bwk family masing2. Ceritanya, benda x plan. Kebetulan Air Asia bg offer murah RM180 pergi balik utk 2 org. Apa lg, sebat lah.

Tgk org ketiga tuh.... dia lh yg paling semangat sekali. asyik tarik tgn org jer. Dh pandai dia ni skrg. Cakap pon dah pandai, tapi sepatah jer.

Kita org Fly pkl 10.20am dr LCCT. Tapi sebelom fly ada cerita x best. Last akun pergi 2004 semua naik dr KLIA, so dgn confident aku tggu kt KLIA. Rupa2nya LCCT ngn KLIA lain, hampeh betul. Dh terpaksa amik Teksi sapu kt luar, nasib baik dia nak. Melayang RM30 sajer jer.

Selamat mendarat kt KK pkl 12.40pm. Cuaca sgt baik, view dr ata flight pon cantik. Samapi jer terus ke Bandar KK dkat dgn Pasar Filipina. Ingat nak check in kt Le Meriden, tapi RM200++ smlm beb, lastly cari hotel budget sekitar tu. Nasib baik ada kosong dan OK sikit.

Ni lah hotel dia. Semalam baru RM106 jer utk hari minggu. Ok apa, siap ngan breakfast lagi. Bilik nice, siap dgn toilet kt dlm lagi. Yang best nya kat sini depan dia Pasar Filipina, malam plak Pasar Malam yang mana barang souvenir lg murah dari Pasar Filipina.

Petang tu, lepas check-in, aku pinjam kereta kawan. TQ Yasir, kawan aku masa di UPMT. Aku pakai kereta dia 3hari 2 malam. Jimat duit sewa. hehehe. Lepas tu kita semua layan Sunset kat Tanjung Aru. Cantik pantai dia, pasir halus dan bersih....


 Malam nye pulak nak layan Pasar Malam tapi hujan lah pulak. Jadi kita org tidor awal yer. Pasar malam layan esok malam plak....

Ni lah pasar malam nya, macam2 ada kau. Tiap2 mlm sampai pkl 11. Pkl 11 sana dh tgh mlm mcm pkl 12 sini. Ni kira mcm Up Town dia org lh kiranya.

~bersambung~