Friday, 6 May 2011

Sekadar Berkongsi di Pagi Jumaat Yang Mulia Ini (MATI)

Assalamualaikum....

Minggu ini, saya terima banyak berita tentang kematian. Jadi saya terpanggil untuk bertanya dengan Pak Cik Google tentang mati. Banyak juga dia ceritakan dan pernah dengar juga sebelum ni. Jadi saya nak share sikit dengan kawan2 semua. Bukan nak menakut2 kan, tetapi sekadar untuk kita sama2 insaf dan ingat bahawa mati akan berlaku, cuma cepat atau lambat sahaja. Apabila kita sentiasa mengingati tentang mati, kita secara tidak lansung akan dekat dengan Allah...


Diantara yang di share oleh Pak Cik Google adalah :-

1) Sabda Nabi S.A.W. : Idzaa maatal insaanu inqotho’a ‘anhu ‘amaluhuu illaa min tsalaatsin ‘ilmin yuntafa’u bih, wa waladin shoolih, wa shadaqotin jaariyah. Maksudnya, ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: ilmu yang bermanfaat, anak yang sholih dan sedekah amal jariyah. Jadi, marilah kita bersama2 menurunkan ilmu yang kita ada, jangan lah kedekut kerana takut orang yg kita ajar akan lebih pandai dari kita. Jika telah mempunyai anak, didik lah mereka dengan agama sepenuhnya dan sentiasa memantau anak sehingga dewasa supaya menjadi anak yang soleh dan boleh mendoakan kita setelah kita mati. Akhir sekali, jika kita mampu, maka hendaklah kita selalu bersedekah kerana pahalanya sangat lah besar. Allahualam...

2) Di Surah Al-Baqoroh disebutkan 4 kehidupan yang dialami oleh setiap manusia, iaitu amwaat – mati sebagai air mani, lalu ahyaa – hidup dibumi ini, lalu yumiit – dimatikan yang dapat terjadi setiap saat, dan terakhir yuhyii – dihidupkan kembali untuk menghadap Allah (akhirat) selamanya.

3) Pepatah melayu ada menyebut, "Gajah Mati Meninggalkan Gading, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia mati Meninggalkan Nama". Tetapi sahabat sekalian ingat lah, "Biar Mati Meninggalkan Nama, Jangan Mati Meninggalkan Hutang". Saya nak ingatkan kepada sahabat sekelian termasuk lah diri saya sendiri, terutamanya Lelaki/Suami. Siap sediakan lah diri kita dengan Insuran/Takaful Nyawa kerana hanya kira2 43% rakyat dalam Malaysia ini yang mempunyai Insuran/Takaful hayat. Bukan untuk promote semata2, tetapi untuk kita sama2 beringat bahawa Mati tetap akan dilalui setiap manusia. Kepada yang mempunyai Insuran/Takaful, lihat semula SumAssured anda, sama ada mencukupi atau tidak. SumAssured anda mestilah cukup untuk melindungi perkara seperti dibawah jika kita mati. Diantranya adalah :-

i) Membayar hutang PTPTN dan hutang2 lain yang tidak mempunyai Insuran. Kebanyakan Loan bank sekarang telah disediakan Insuran, tetapi tidak untuk PTPTN anda jika ada. Ingatlah, bahawa bumi tidak akan menerima orang yang berhutang. Mahukah anda menyerahkan beban hutang anda kepada waris anda???

ii) Kepada Si Suami, hendaklah meninggalkan pendapatan yang secukupnya untuk kegunaan Isteri dan Anak2 selama setahun seperti yang disyariatkan oleh Islam iaitu :-

" Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian sekiranya mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Baqarah: 240)

iii) Selebihnya adalah untuk amal jariah kerana amalan ini tidak akan terputus selepas mati.

Sekian sahaja sharing saya di Jumaat yang mulia ini.

~Wassalam~