Friday, 20 May 2011

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Rasulullah s.a.w bersabda,


"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

5 perkara sebelum 5 perkara VS Takaful
1. Muda Sebelum Tua- Tahukah anda, semasa kita muda. Plan Takaful amat lah murah harganya dan mampu milik berbanding orang tua. Caj Takaful meningkat seiring dengan umur kerana risiko juga meningkat mengikut umur. Lock Caj Takaful anda sekarang, dan Caj berikut sama sahaja anda bayar sehingga tua walaupon risiko meningkat selain memaksimumkan simpanan anda didalam Takaful.


2. Kaya sebelum miskin - Waktu anda kaya berharta dan mampu lah anda jangan lupa mengambil Takaful. Jangan guna duit dengan borosnya ke benda yang tidak berfaedah dan membazir. Sekali Tuhan nak uji kita, ditarik nikmat kesihatan, tidak boleh bekerja kerana sakit dan duit simpanan habis digunakan untuk rawatan dan akhirnya jatuh miskin, pada ketika itulah baru nak menyesal tidak berguna.


3. Lapang sebelum sibuk - Ketika ada waktu lapang, hubungi lah ejen Takaful anda ni. Bukan apa, bila terlalu sibuk nanti, susah nak jumpa. Apabila bertangguh nanti, di uji oleh Allah pula, menyesal tak sudah kerana tak sempat untuk persiapkan diri dengan perlindungan Takaful.



4. Sihat Sebelum Sakit  - Sementara kita masih sihat walafiat, ingatlah rakan ku. Suatu hari nanti sakit akan mendatangi kita sama ada cepat ata lambat jer. Bersiap sedia lah dengan Plan Takaful @ Medical Card yang mana amat berguna nanti. Selain itu, ketika sihat ini lah Syarikat Takaful akan meluluskan permohonan anda tanpa prejudis @ Medical Check Up berbandingpermohonan anda akan ditolak @ caj mungkin mahal jika telah mempunyai penyakit seperti Kencing Manis atau Darah Tinggi.

5. Hidup sebelum mati - Sementara kita masih hidup ini, persiapkan diri anda dengan harta & perlindungan Takaful. Fikirkan apa yang bakal kita tinggalkan apabila mati kelak. Bagaimana dengan hutang kita yang dibawa kemati jika tidak dilunaskan???? Bagaimana dengan anak dan isteri kita???? Sudahkah kita tinggalkan sekurang2nya makan, pakai dan tempat tinggal untuk setahun seperti yang disyariatkan???? Jangan lah kita tinggalkan dunia ini dengan meninggalkan beban untuk anak dan isteri. Sekurang2 nya anda tinggalkan Pampasan Kematian yang mencukupi untuk membayar segala hutang dan liabiliti anda supaya tidak membebankan waris.

Dan ingatlah bahawa, bila kita telah tiada nanti maka terputuslah semua amalan kecuali 3 iaitu:-
1) amal soleh,
2) sedekah dan
3) doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Credited to : http://idalara.wordpress.com/ dan http://karyamatahati.blogspot.com/

Untuk keterangan lanjut tentang Takaful, hubungi saya, Khafiz, 017-3277423 atau email ke mohdkhafiz@prupartner.com.my

~sekian~