Wednesday, 20 April 2011

Telor Palsu

Hari sabtu lepas ada makan2 kat rumah Kakak Ipar aku kat Alam Budiman. Masa jenguk2 kt dapur dia org masak, Kakak Ipar pon tunjuk lah telor yang dikatakan palsu. Sebelum ni dh dgr dlm berita TV dan baca email pasal telor ni. Tak sangka plak dapat tengok depan mata sendiri.

Warna, struktur dan liang roma nampak sama mcm asli. tapi tengok bentuk bujur dia, x berapa cantik, mcm berlekuk gitu... Hampir kesemua bentuk mcm tu. Saiz telor besar sama dgn tapak tangan.


Bila pecahkan, telor kuning dia agak pejal sikit dari biasa. Nak pecahkan dia x semudah telor asli. Bau pon kurang hanyir dr telor asli.


Bila rebus, hasil seperti kat atas. Kalau korang ingat lah kan, biasa mkn telor pengantin mesti ada lekuk kat salah satu sudut kan. Lekuk tu gelembung udara dalam telor tu. Tapi yang palsu ni bentuk dia solid siot. lepas tu nak kupas susah, putih tu ikut lekat sekali kat kulit.

Apa lah dia org ni, byk benda lain nak tiru. Ipad2 ker, BlackBaby ker dll. Ini telor pon nak di palsukan. Dasar negara palsu betul. Aku suspect benda palsu2 ni byk dtg dr China jer.

Cuba korang search dalam youtube pasal "fake egg". Siap ada tunjuk mcm mana nak buat lagi. Semua guna chemical. Telor putih daripada wax @ seumpama dengan lilin @ lemak dan yang kuning tak tahu bahan apa walaupun aku dulu belajar Sains Bahan, tapi x belajar mcm mana nak tiru telor.

Apa pendapat korang????

~sekian~