Wednesday, 27 April 2011

Pengurusan Kewangan - Part 2 (KWSP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ramai diantara kita yang muda mudi sekarang terutamanya yang dalam lingkungan 30-an tidak prenah terfikir tentang Retirement Plan.... Tahukah anda, jika anda berumur 25 tahun sekarang, anda cuma ada 30 tahun sahaja untuk membuat simpanan persaraan anda. Kita hanya mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Itu pun hanya untuk orang makan gaji, bagaimana pula yang kerja sendiri????

Sama - sama kita tengok salah satu petikan daripada akhbar berikut :-

Mengikut kajian, kebanyakan pencarum menghabiskan wang KWSP hanya dalam masa 3 tahun sahaja. RM475 sebulan yang dikira oleh pencarum 20 tahun dahulu mungkin cukup pada masa itu sehingga umur 70 tahun, tetapi tidak pada zaman sekarang. Dahulu nasi lemak sebungkus RM0.20, tetapi sekarang dah 8 kali ganda, jadi RM1.00. Ini mungkin disebabkan faktor inflasi semasa yang tinggi iaitu hampir 5% setahun. Mungkin juga duit tersebut banyak digunakan untuk kecemasan seperti rawatan di hospital dan mungkin juga digunakan untuk membeli, membayar atau mengubahsuai rumah.

Anda kita masih harapkan wang anak-anak bila tua kelak ???
Jika anak kita membantu, syukur…
Jika tidak, bagaimana ??? Jangan terlalu mengharap,
kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Jadi, apakah cara penyelesaiannya ???

1) Elakkan pengeluaran daripada KWSP untuk kegunaan seperti membayar bulanan rumah, membeli komputer dan lain-lain untuk akaun ke-2 anda.

2) Maksimumkan simpanan KWSP dengan membuat pelaburan kepada agensi luar seperti Public Mutual, CIMB Mutual dan lain-lain lagi yang menawarkan keuntungan yang lebih daripada yang diumumkan KWSP.

3) Elakkan pengeluaran duit daripada akaun untuk kecemasan seperti rawatan perubatan, berikan risiko bil rawatan perubatan anda kepada syarikat insuran yang memberikan khidmat "Medical Card" seperti Prudential. Malah anda dapat memaksimumkan lagi simpanan persaraan anda untuk bersara.

~sekian~