Tuesday, 26 April 2011

Pengurusan Kewangan - Part 1 (Perbelanjaan Bulanan)

Tahukah anda bahawa pengurusan kewangan sangat penting bagi kita semua. Tak kisahlah sama ada orang tu makan gaji, business sendiri atau taukey. Ini amat penting bagi kita hidup dengan tenang (Peace of Mind) sehingga akhir hayat tanpa bebanan kewangan walaupun ditimpa musibah sekalipun. Dan bagi saya yang paling penting ada "Retirement Plan".

Ramai yang lingkungan 30-an tidak memikirkan pelan persaraan mereka, kerana mereka fikir EPF @ KWSP dapat membantu kita semasa bersara. Mungkin ada juga yang fikir mereka akan mula berniaga selepas bersara. Mungkin juga yang tak nak fikir lagi. Terpulanglah kepada individu. Apa yang nak saya kongsikan bersama adalah bagaimana kita menguruskan kewangan dengan sebaiknya.

1) Penggunaan gaji bulanan kita sepatutnya dibahagi kepada berikut :-

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), budget untuk Loan setiap orang sepatutnya tidak boleh melebihi 1/3 atau 40% daripada gaji bulanan. Sebagai contoh :-
Gaji RM 3,000, bayaran Loan maksimum sebulan adalah RM 1,200.

40 % baki gaji @ pendapatan adalah untuk kegunaan harian dan perbelanjaan bulanan. termasuk juga untuk melancong, tengok wayang dan sebagainya.

10 % baki gaji lagi adalah untuk simpanan, terutamanya simpanan hari tua. Bagi yang makan gaji, kerajaan telah menetapkan simpanan wajib adalah 11% iaitu simpanan KWSP. Tetapi itu belum mencukupi kerana untuk gaji RM3,000, simpanan persaraan pada umur 55 pada 25 tahun dari sekarang adalah lebih kurang :-

Sendiri 11%(330) + Majikan 13%(390) * 25 tahun bekerja = RM 180,000

Tetapi jangan lupa kepada inflasi kita lebih kurang 5% setahun, untuk amaun RM180,000 memaglah nampak banyak tetapi untuk 25 tahun akan datang sikit sebenarnya. Adakah anda ingat nasi lemak sekolah rendah kita pada 20 tahun dahulu???? Sepinggan baru RM0.50, tetapi sekarang RM 1.50 iaitu hampir 3 kali ganda. Oleh itu, kita harus simpan lebih lagi sebanyak mungkin.

10% yang terakhir sepatutnya hendaklah kita gunakan untuk membeli Insuran Hayat @ Takaful yang berkaitan dengan pelaburan (Investment Link) untuk kita persiapkan diri jika berlaku musibah kepada kita yang boleh menyebabkan kita hilang pendapatan dan boleh mendatangkan kesusahan kepada keluarga kita. Risiko seperti ini hendaklah kita serahkan kepada Syarikat Insuran. Buat apa kita tanggung risiko, sedangkan risiko itu kita boleh beri pada orang lain hanya dengan sedikit sumbangan daripada perbelanjaan bulanan anda.

~sekian~