Tuesday, 15 March 2011

Nama Ku Khafiz


Assalamualaikum,

Setelah sekian lama asyik melihat Blog orang jer, sudah sampai masanya nak try buat blog sendiri pulak. Tak tahu lah ok ker tak, baru nak belajar ni... Sebelum ni buat website formal jer, ni nak try buat yang tak formal... Biasa lah, aku ni bukan asal dari sastera, tapi budak sains... walau apa pon, I Try....

Atas tu gambar aku masa baru pandai angkat kepala, sekitar tahun 1981. Tarikh tak dapat dikenal pasti. Tapi yang pastinya lagi gebu dari sekarang... hehehe. Aku lahir kat dalam rumah jer, bukan hospital pon. Tapi rumah tu di rumah nenek aku Kg. Gombang, Lenga, Muar, Johor. Lepas tu membesar di banyak tempat dari Kota Tinggi, Gua Musang, Gemas, Bera kemudian Gemas semula sampai sekarang. Tapi sekarang dah tak membesar lagi, cuma beranak pinak jer... hehehe

Ok, sekian

Sekian