Wednesday, 23 March 2011

Takaful atau Insurans perlu ke ???

Ada kawan saya tu, bekerja hampir 7-8 tahun baru nak mencarum untuk personal insurance. Sebelum ni ambil tak endah je. Yelah dia fikirkan nak kena commit bayar bulan2 lepas tu fikir buat apa nak masuk insurans… company kan dah tanggung anak bini punya bil klinik dan hospital. Tapi bila dah ada ilmu, fikir masak2 dan dapatkan pandangan neutral dari orang lain seperti kawan2 atau agent seperti saya ni. Cerita nya boleh disimpulkan seperti berikut :-

1. Insuran ni sesuatu yang kita bayar untuk sesuatu yang kita tak nak. Ini yang orang tak boleh terima. Kalau kita kaji balik. Siapa nak sakit, masuk hospital, accident, kena operate, patah tulang, penyakit tu penyakit ni. Cuba beritahu saya dalam dunia siapa yang boleh gerenti yg dari sekarang sampai malaikat maut datang dia tak akan terlibat dengan benda2 macam tu. Ada!!!!. Memang takde. So inilah sediakan payung sebelum hujan. Jangan lupa masa ada duit lebih sikit. Jgn berkira sgt.

2. Penyakit dan kesihatan memang berkait rapat dengan umur. Bila umur meningkat faham ajelah. So masa tu dah tak kerja lagi mana nak datang duitnya. Kalau kerja government ok lah. Bil hospital ditanggung kerajaan. Kerja swasta… time dia nak kita boleh la. Prinsip saya bila umur meningkat (kalau diizinkan Allah), saya tak nak susah kan anak2 dan saya taknak anak2 susahkan saya. Ada satu cerita yang tak manis saya dengar bila bapa sakit, masing2 bagi cadangan hantar pergi private hospital. Tapi bila bil keluar masing2 buat tak tau. Lagi satu lagi awal kita mencarum insurans lagi murah premium insurans.

3. Mencarum ikut kemampuan. Jangan nak kejar pelan yang best2 tapi tak larat nak bayar. Kena ingat, insurans still kena bayar walaupun dah pencen. Bila dah pencen larat ke nak bayar banyak2. Kalau berenti time tu sia2 je. Dapat duit pelaburan je la. Macam saya, ambil sampai umur 80 tahun dan ambil minimum payment + medical card. Esok klau dh kaya, boleh upgrade sampai 1 million.

4. Bandingkan pelaburan melalui simpanan (ASB dll) dan melalui insurans memang takkan sama. Pelaburan melalui insurans kena tolak sikit caj insurans untuk cover macam2 (penyakit, accident). Sebab tu rendah sikit. Tapi kalau ditakdirkan apehal berlaku dah tak payah caruman insurans.

5. Pilih insurans yang berdasarkan syariah terutamanya orang islam. Sekarang ada 8 operator untuk takaful kat Malaysia. Pandai2la pilih. Salah satunya adalah Prudential BSN Takaful.

6. Kebanyakkan pelan insurans adalah lebih kurang sama antara satu sama lain. Ada kelebihan dan kekurangan masing. Apa yang penting adalah agent atau syarikat agent tu. Agent mestilah Full Time seperti saya ni dan company mestilah established contohnya ada perkataan Berhad, Medical Card bukan third party mcm MiCare, Medic dll. Selain tu Comp Insurance mestilah International Comp, bukan nak kutuk Local comp, tapi dari segi experience dan dana dia besar dan tak mungkin comp tutup @ bill x cover bila kita perlukan nanti. Lastly, comp Insurance tu mestilah banyak buat Life sahaja, mmg tulah kepakaran dia. Jgn cari yang comp yg byk buat Motor @ General Insurance shj.

7. Macam pelaburan insurans lain boleh difikirkan kalau ada duit lebih. Jangan lupa insurans pendidikan untuk anak2. Kau orang tak tak tau apa terjadi masa akan datang. Polisi bertukar ke masa akan dtg kan. Jangan sampai anak nak masuk universiti takde duit siap2.

So siapa2 yang takde plan insurans sendiri dan mengharapkan company je. Tengok balik pendapatan bulan2. Cuba congak boleh tak sikit dari gaji kita dilarikan ke tempat lain (personal insurans). Jgn dah sakit baru nak apply, jawabnya "Tak Dapek Den Nak Tolong".  Klau minat, boleh call saya 017-3277423 atau email mohdkhafiz@prupartner.com.my atau isi form kat bawah sekali tu.